Tarian merupakan salah satu budaya yang terkenal di Nusantara dengan bermacam-macam jenis, sesuai dengan daerah dan budaya yang ada. Salah satunya jenis Tari yang di rawat oleh suku Kaum Negeri Sabah ini. Selain beberapa tarian tradisional, tentu tarian sekarang yang berkembang juga mempunyai nilai dan makna tersendiri.
Artikel terkait :
Banyak tarian yang popular sehingga melupakan tarian tradisional begitu saja karena perkembangan zaman yang begitu pesat. Sebenarnya hampir terdapat 80 jenis tarian yang terdapat di negeri Sabah, namun semuanya hilang satu demi persatu sehingga tinggal sedikit. Hingga detik ini tinggal 10 jenis tarian yang diketahui dan masih di lestarikan masyarakat Sabah. Berikut adalah beberapa tarian negeri Sabah yang masih dilestarikan :
1. Tarian Sumazau
Tarian tradisi ini suku kamu Kadaza Dusun ini merupakan tarian tradisi rakyat Sabah yang terkenal di Sabah dan seluruh Malaysia. Tarian ini konon merupakan tarian ritual untuk beberapa agenda seperti mengucapkan rasa syukur, menolak bala, menyemah semangat dan mengubati penyakit. Pemerannya seorang laki-laki dan wanita yang berhadap-hadapan dengan menggerakkan kaki dengan langkah kecil dan sementara tumit kaki diangkat diturunkan mengikuti irama lagu. etika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
2. Tarian Adai-adai
Tarian ini merupakan penggambaran kehidupan pada kaum nelayan yang mana merupakan kehidupan tradisi masyarakat Brunei. Tarian ini tercipta ketika para nelayang sedang berdayung pulang dari menangkap ikan pada waktu malam agar rasa mengantuk nelayan hilang. Tarian Adai-Adai ini pada asalnya merupakan sebuah lagu yang berbentuk pantun dan dinyayikan beramai-ramai. Kewujudan tarian-tarian ini dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu Adai-Adai. Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan pekerjaan yang dilakukan iaitu menangkap ikan.
3. Tari Dalin-daling
Sejarah tari ini berasal dari Spanyol yang di percayai diperkenalkan oleh tentara spanyol kepada penduduk Filipina. Akibatnya tarian ini sekarang menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau. Alat muzik yang digunakan ialah ‘gabbang’ dan dua bilah kayu yang disebut bolak-bolak. Daling-daling ditarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan wanita. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya. Penari wanita memakai destar yang disebut pies. Manakala, jari mereka pula dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan janggal.
Tarian Daling Daling biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan gabbang dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini. Ada sesetengah yang berpendapat bahawa tarian ini adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Sulu dari kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol. Pertumbuhan dan percampuran antara masyarakat Bajau dan Sulu mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian ini.
4. Tari Limbai
Tarian ini merupakan tarian yang sejenis dengan tarian asli masyarakat SUku Bajau yang dilakukan ketika menyambut ketibaan pengantin lelalki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
5. Tarian Lansaran
Suku kaum Mulut ini dengan jumlah penduduk terkecil di Sabah ini mempunyai sebuah tarian yang disebut dengan Tarian Lansaran. Suku tersebut tinggal di kawasan pedalaman yaitu di Keningau, Nabawan, Sepulot dan Tenom. Arti dari lansaran adalah perkataan lumasar yang bermakna melambung atau berayun-ayun.
6. Tarian Mogunatip
Tarian ini merupakan tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Tarian ini memang unik, tidak saja dari cara menyajikan, tapi juga diperlukan ketangkasan dan kekuatan dalam memainkannya. Perkataan Mogunatip diambil daripada perkataan “atip” yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Mogunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yand diadakan.
7. Tarian Sumayau
Merupakan tarian pemujaan terhadap suku kaum Dusun dalam sebuah Upacara memuja tengkorak kepala dan Upacara pemujaan Tajau. Tarian ini dipersembahkan lebih daripada lapan orang pasangan yang berpasangan serba hitam dengan lengan panjang dan selendangn melilit leher. Penari perempuan mengerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan, sementera penari lelaki berdiri dan menggoncangkan Giring atau lonceng kecil yang dilekatkan pada pakaian mereka. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari lelaki memekai Sigar.
8. Tarian Sazau Papar
Tarian suku kaum Kadazan Dusun ini merupakan tarian yang menetap di daerah Papar yang difungsikan sebagai upacara Madsuwau untuk pemujaan terhadap Dapu. Hal tersebut dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.
9. Tarian Mongigol
Merupakan tarian suku kaum Kadazan Dusun pula yang biasa dipersembahkan dalam perayaan atau upacara semangat. Tarian ini diterapkan dalam tiga hingga delapan orang penari perempuan dan di ketua seorang penari laki-laki.
10. Tari Sumundai-Mongigol
Merupakan tarian kaum Momogun Rungus yang dilakukan oleh seorang laki-lai dan perempuan dan diiringi dengna paluan gong. pabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil miandak dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti “kinomol” yang diperbuat dari beras dan tinonggilan yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.
Itu adalah beberapa tarian adat Sabah yang dapat kita pelajari bersama. Selain itu setiap tarian mempunyai nilai dan makna tersendiri, bahkan filosofi tarian yang berbeda-beda.
Selain potensi alam, terdapat banyak keunikan dan keindahan lainnya yang ada di Maluku Utara. Salah…
Setiap daerah yang ada di Indonesia memiliki potensinya masing-masing. Alam yang indah dan juga kebudayaan…
Sulawesi Tengah adalah salah satu provinsi Indonesia yang banyak menyimpan seni-seni kerajinan tangan yang tak…
Gorontalo merupakan salah satu Provinsi di Indonesia yang menyimpan banyak keanekaragaman budayanya. Banyak penduduk lokal…
Pesona alam dan budaya Sulawesi Tenggara tak kalah indahnya dengan wilayah lainnya di Indonesia. Banyak…
Sulawesi Utara adalah salah satu provinsi di Indonesia yang terkenal dengan kekayaan alam dan juga…